“Sahsiah Utama, Akademik Pertama, Kokurikulum Terbina”
“Soaring Upwards”, SeRANTAU Gemilang.
Ujian Amali Sains SPM 2026
16.11.2026 - Subjek FIzik
17.11.2026 - Subjek Kimia
18.11.2026 - Subjek Biologi
Peperiksaan STPM Semester 3 Tahun 2026 - 17.11.2026 hingga 24.11.2026
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2026 - 4.12.2026 (Jumaat)
Link Portal Delima 3.0 - https://d3.delima.edu.my/landing
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, laman sesawang rasmi SMK Rantau dapat dibangunkan dengan jayanya. Wujudnya portal digital ini merupakan satu langkah proaktif pihak sekolah dalam menyampaikan maklumat, pengumuman, dan perkembangan semasa secara telus serta pantas kepada murid, ibu bapa, dan masyarakat setempat.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan guru, murid, serta seluruh warga sekolah yang telah menyumbang tenaga dan kepakaran sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pembinaan laman sesawang ini.
Semoga platform ini menjadi wadah komunikasi yang berkesan serta dapat memperkasakan lagi hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti.
Sekian, terima kasih.